Kami
dari kumpulan lapan akan membuat pembentangan bagi subjek Pengajian Malaysia.
kami akan membentangkan tajuk mengenai Sejarah Kedatangan Islam Ke Tanah
Melayu. Subtopik bagi tajuk ini ialah membincangkan secara kritis mengenai
kedatangan islam ke tanah melayu. Ahli kumpulan kami terdiri daripada 4 orang,
iaitu Syazwani, Nabila, Afrina, dan Sabrina.
PENGENALAN
BAB1
Kedatangan islam ke Tanah Melayu
dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan
agama islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke
Negara China. Sebelum kedatangan islam, masyarakat melayu menganut fahaman
animisme. keadaan ini berubah selepas kedatangan islam yang membawa konsep
tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep
keesaan tuhan dan ibadat yang luas, islam telah berjaya menarik minat
masyarakat tempatan. Sejak kedatangan islam, kehidupan harian masyarakat Melayu
dan adat istiadat tertentu yang bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara
beransur-ansur. Seterusnya islam semakin berkembang berikutan dengan kemunculan
beberapa buah kerajaan islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka
pada abad ke-13 masihi.
Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 masihi, agama islam telah tersebar
dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh
agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Dari
sudut sejarahnya selepas kedatangan islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang
bercorak keislaman, kita dapati proses islamisasi di bidang undang-undang,
sosio-budaya dan politik berterusan berlaku. Sejak itu, islam telah berkembang
pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di
Kepulauan Melayu. perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana
orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak islam dalam kehidupan yang
terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adan
berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah
dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanan
Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariksan
oleh Islam.
Kesan Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu
Terhadap Agama Dan Kepercayaan:
Selepas kedatangan
islam ke tanah melayu, sebahagian masyarakat melayu telah meninggalkan ajaran
agama Hindu-Buddha dan mempercayai tahyul dan kurafat iaitu kepercayaan
animisme, dinamisme dan penyembahan nenek moyang. Kepercayaan Hindhu-Buddha
digantikan dengan akidah tauhid. Islam juga telah menghapuskan ajaran
sinkritime Hindu-Buddha-Hyang. Selepas mengikuti ajaran Islam, mereka mempercayai
konsep ketuhanan, hormat-menghormati Antara manusia dan mantic batman soil
pressman tariff. Cara kehidupan mereka juga telah birdbath keypad cara hid up
yang Bergama dan mengamalkan serta menghayati ajaran Islam dalam kehidupan.
Seperti contoh, masyarakat melayu akan melahirkan amalan yang sebaris
dengan syariat Islam terutama ibadah khusus seperti solat lima waktu, berpuasa
di bulan Ramadhan, memberi zakat, mengerjakan haji bagi yang berkemampuan,
membaca Al-Quran serta seumpamanya.
Terhadap Politik
Dan Pentadbiran:
Selepas kedatangan Islam, pengislaman
raja-raja membawa arus perubahan dalam sosio-politik. Dalam aspek politik,
sistem dan konsep raja dalam agama Hindu telah bertukar kepada sistem dan
konsep sultan di dalam Islam. Di dalam politik yang berteraskan agama Hindu,
raja dianggap bayangan tuhan ataupun dewaraja. Di dalam islam, raja adalah
manusia biasa tetapi diberi kemuliaan kerana peranannya sebagai ketua agama dan
pentadbir sebagaimana yang dijalankan di dalam system kekhalifan pada masa
dahulu. Raja dianggap suci kerana berasal dari keturunan dewa Vishnu dan siva.
Raja berhak sepenuhnya menentukan hukuman dan kedudukan lebih tinggi dari
undang-undang. Rakyat tidak hak bersuara walaupun raja tidak berlaku adil dan
kurang ajar. Sesiapa yang menentang akan ditimpa daulat. Seterusnya, kedatangan
Islam secara langsung telah memperkenalkan sistem pentadbiran secara kesultanan
di rantau ini. Sultan merupakan ketua tertinggi bagi melindungi agama dan adat
tetapi tidaklah dianggap sebagai peribadi yang paling suci seperti zaman hindu
yang perlu disembah. Sultan bertanggungjawab menjadikan agama islam sebagai
agama rasmi negara.
CARA KEDATANGAN AGAMA ISLAM KE TANAH MELAYU
2 TEORI KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU MELALUI :
1.Teori Kedatangan Islam Melalui Cina
Pendapat ini dikemukakan oleh Emanual Gadinho Eradia dan S. Q. fatimi. Islam sendiri pernah sampai ke negara China pada sekitar tahun 650 Masihi yang pada ketika itu zaman pemerintahan Dinasti Pang. Pada waktu tersebut, wilayah Canton telah menjadi tempat tumpuan pedagang-pedagang serta pendakwah Islam. Pada tahun 877 Masihi, telah berlaku pemberontakan di wilayah Canton yang telah mengorbankan 120 000 hingga 200 000 pedagang-pedagang yang kebanyakannya datang dari Tanah Arab dan mnyebabkan orang Arab-Islam menyelamatkan diri mereka di Kalah (Kedah) serta Palembang. Menurut catatan, kedatangan pedagang-pedagang Islam dari negara China bermula pada awal tahun 977 Masihi. Penemuan batu bersurat di Kuala Sungai Tersat, Kuala Berang Terengganu.
Replika batu bersurat di Bulatan Ladang
KualaTerengganu
2.Teori Kedatangan Islam Melalui Tanah
Arab
Teori
ini dikemukan oleh John Crowford dan disokong oleh Professor Syed Muhammad Naquib
Al-Attas. Hubungan perdagangan negara Arab dengan tanah melayu telah berlaku
sebelum wujudnya islam lagi. Tetapi aktiviti dagangan bertambah selepas islam
diperkenalkan di alam melayu pada abad ke-7 masihi. Sesuai dengan islam yang
bersifat universal, masyarakat melayu selesa dengan agama islam yang dianuti
mereka. Malah ianya memudahkan lagi pedagang-pedagang Arab melakukan aktiviti
dagangan mereka.
Sebagai
contoh bukti kedatangan Islam terus dari Arab/Parsi telah dihujahkan oleh
Professor Doktor Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972) ialah:
·
- Kebanyakan ulama-ulama yang datang ke rantau ini adalah dari tanah arab seperti Syeikh Ismail al-Siddiq, Maulana Abu Bakar, Maulana Iskah dan ramai lagi.
- Istilah Melaka berasal daripada Arab iaitu ‘mulaqat’ bermaksud tempat pertemuan.
- Terdirinya kerajaan Melayu-Islam Melaka yang menggunakan perundangan islam ‘Syariah Islamiyyah’ untuk mentadbir negara.
- Terdapat istilah bahasa Arab dalam bahasa Melayu sebagai contoh adil, zalim, ilmu, kanun, kalam dan sebagainya.
FAKTOR-FAKTOR KEDATANGAN ISLAM KE TANAH
MELAYU
Dari
Segi Perdagangan:
Pedagang
islam yang berdagang turut menyebarkan islam di bandar-bandar pelabuhan Tanah
Melayu yang menjadi pusat perkembangan ekonomi dan ilmu. Dakwah Islamiah
disebarkan di pelabuhan yang menjadi pusat kegiatan ekonomi manusia. Sikap dan
tingkah laku pedagang islam yang datang dari Arab, India dan China telah
menjadi ikutan penduduk setempat. Sifat mahmuda, berhemah dan lemah lembut
pedagang yang berdakwah menarik ramai penduduk tempatan memeluk islam..
Golongan
pedagang juga merupakan golongan yang kaya dan dihormati oleh penduduk
tempatan. Amalan agama mereka mudah mempengaruhi penduduk tempatan dan ada
diantaranya berkahwin dengan penduduk tempatan yang secara tidak langsung agama
Islam turut berkembang
Ada
dikalangan pedagang yang membawa bersama mereka mubaligh Islam ketika melakukan
urusan perdagangan. Syeikh Abdul Aziz dari Jeddah dan Syeikh Ismail dari Mekah
adalah antara mubaligh Islam yang turut serta dalam misi perdagangan yang
kemudiannya berjaya mengIslamkan beberapa pemerintah kerajaan Melayu.
Dari
Segi Perkahwinan:
Islam
tersebar di tanah melayu menerusi perkahwinan antara pedagang islam dengan
penduduk tempatan. Perkahwinan pertama melalui perkahwinan siasah di kalangan
kerabat diraja seperti di melaka, Sultan Mansur Shah dan Sultan Mudzafar Shah
telah mengawinkan puteri-puteri mereka dengan raja siak, Kampar, inderagiri dan
jambi di sumatera utara Pahang dan kedah.
Perkahwinan yang kedua melalui perkahwinan biasa. Perkahwinan biasa
berlaku antara pedagang islam atau ulamak islam dari India atau Arab dengan
penduduk tempatan menyebabkan penyebaran islam dikalangan keluarga dan
masyarakat sekeliling keluarga orang yang baru dikahwini.Perkawinan juga
berlaku di kalangan saudagar Arab, China dan India dengan puteri-puteri
golongan istana.
Dari
Segi Raja-Raja:
Pengislaman
raja dan golongan bangsawan turut diikuti oleh golongan rakyat kerana sangat
taat kepada perintah. Apabila raja dan golongan bangsawan memeluk islam, rakyat
akan mengikuti kerana sangat mentaati golongan pemerintah. Sebagai contoh
pengislaman Megat Iskandar Syah Melaka dan pengislaman Raja Malik Al-Salih
Pasai.
TUJUAN KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU
Dari
Segi Pemerintahan dan Pentadbiran:
Di Asia
Tenggara, sistem pemerintahan sebelum Islam berdasarkan sistem pemerintahan
raja berkuasa mutlak. Namun dengan kedatangan Islam, sedikit sebanyak telah
merubah sistem tersebut kepada sistem berasaskan Islam. Institusi kesultanan
telah diasaskan berdasarkan kepada sistem pemerintahan Kerajaan Islam Bani
Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah.
Ketua negara
bergelar sultan. Penggunaan gelaran ini memperkukuhkan sistem pemerintahan
berasaskan Islam. Jawatan Mufti diwujudkan sebagai penasihat sultan dalam
urusan hal ehwal agama Islam serta pentadbiran negara. Jawatan-jawatan lain
juga diwujudkan seperti kadi, khatib, bilal, pemungut zakat, penyelia baitulmal
dan penjaga harta wakaf.
Penyelarasan
jawatan sultan dan jawatan-jawatan lain membuatkan kerajaan di Asia Tenggara
selaras dengan kerajaan-kerajaan Islam yang wujud di dunia waktu itu. Ini
menandakan bahawa wujud semangat persaudaraan dalam kalangan umat Islam
sedunia. Menurut Hukum Kanun Melaka, raja-raja Melaka digelar Khalifatul
Mukminin yang membawa maksud pemimpin orang mukmin. Malah penggunaan gelaran
ini turut tercatat pada wang syiling dalam kerajaan Melayu Melaka, Terengganu,
Kelantan, Johor, Pahang dan Kedah.
Dari
Segi Ekonomi:
Bidang
ekonomi turut diberikan penekanan dalam tujuan kedatangan Islam. Institusi
ekonomi Islam diberikan penekanan dalam kerajaan Islam di Asia Tenggara.
Institusi Baitumal diperkenalkan seperti semasa pemerintahan Sultan Iskandar
Muda Mahkota Alam di Acheh. Baitulmal berfungsi sebagai perbendaharaan negara
dan sumbernya diperoleh daripada hasil zakat dan sedekah. Islam menekankan
umatnya berusaha dan rajin bekerja untuk mencari rezeki yang halal serta
melarang kegiatan meminta-minta (mengemis).
Perdagangan
dalam Islam amat digalakkan tetapi mesti bersih daripada amalan riba,
penindasan dan penipuan. Malah nilai-nilai murni dalam perniagaan ditekankan
seperti berjimat cermat, bersedekah dan berusaha gigih. Sebagai warganegara
Islam maka mesti berpegang kepada keinginan kepada kemakmuran dan kemajuan,
maka setiap usaha ke arah pembangunan mesti dilaksanakan dengan
bersungguh-sungguh tanpa membelakangkan lunas-lunas Islam.
TANAH
MELAYU SELEPAS KEDATANGAN ISLAM
Kedatangan
islam telah memberi kesan yang besar terhadap masyarakat melayu. Kesan ini juga
jelas dilihat di dalam kehidupan seharian masyarakat melayu. Kehidupan
masyarakat melayu banak didasari adat dan ajaran agama islam. Kesan dan pengarh
islam dalam tamadun melayu adalah seperti berikut :
- AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Kesan
utama yang diawa oleh islam ialah terhadap akidah dan kepercayaan. Sebahagian
daripada masyarakat melayu telah meninggalkan ajaran agama HinduBuddha dan
kepercayaan animisme. Mereka percaya kepada konsep ketuanan, hormat-menghormati
antara manusia dan menitikberatkan soal persamaan taraf. Cara kehidupan mereka
juga telah berubah kepada cara hidup beagama dengan mengamal dan menghayati
ajaran islam dalam kehidupan mereka.
Kepercayaan
dan agama merupakan 2 aspek sosial yang agak sukar untuk dipisahkan kerana
sebahagian besar daripada kepercayaan masyarakat melayu pada peringkat
permulaan adalah berbentuk animism. Dalam kepercayaan ini mereka menganggap
benda-benda mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Sebubungan dengan itu, wujudlah
pemujaan atau penyembahan kepada batu-batu, pokok-pokok, sungai-sungai dan fenomena
alam yang lain. Kuasa ghaib itu disifatkan sebagai hantu, jembalang atau jin
yang menjadi penunggu objek tersebut.
·
PENDIDIKAN
Islam
membawa perubahan dalam system pendidikan. Selepas kedatangan islam golongan
bawahan menerima pendidikan yang sama seperti golongan atasan. System
pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke beberapa institusi pendidikan
islam seperti pondok dan madrasah. Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh islam
telah mengembangkan pula tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih
tersusun. Dorongan belajar bermula dengan pengajaran membaca al-Quran dan
kitab-kitab. Golongan pemerintah dan pembesar-pembesar penting dalam
mengembangkan ilmu pengetahuan.
Melalui
sistem pengajian ilmu tersebut lahirlah para cendiakawan dan ulama-ulama Melayu
yang menjadi pengawai-pengawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama. Antara
tokoh-tokoh Melayu yang terkenal ialah Syeikh Abdul Malik Abdullah, Sheikh Wan
Hasan Wan Ishak dan ramai lagi. Tokoh-tokoh ini telah banyak menyumbang ke arah
perkembangan ilmu pengetahuan di tanah melayu.
Kedatangan
islam membawa pengaruh yang besar terhadap system pendidikan. Di Melaka
contohnya, aktiviti pendidikan berlangsung di istana yang juga berfungsi
sebagai perpustakaan atau tempat penyalinan dan terjemahan. Di samping itu
tempat lain yang digunakan sebagai tempat pengajian ialah ruma-rumah, ulama,
masjid, madrasah dan surau. Kebanyakan guru-guru agama pula terdiri dari bangsa
Arab. Ilmu-ilmu yang dipelajari ialah ilmu usuluddin, fiqh dan tasawwuf
kitab-kitab utama yang menjadi pegangan masyarakat di Melaka ketika itu ialah
al-Oar al-Manzum oleh Abu Ishak al-Shirazi, Ihya Ulumuddin oleh al-Ghazali dan
Mihaj al-Talibin oleh al-Nawawi.
·
BAHASA
DAN KESUSASTERAAN
Bahasa
Melayu telah menerima pengaruh ajaran islam bermula abad ke-14 masihi dan
berkembang sehingga akhir abad ke-18 masihi. Pasa awal abad ke-14 kedudukan
agama islam semakin teguh dan penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara.
Bukti keteguhan kedudukan agama islam di daerah ini dilihat daripada kewujudan
penggunaan tulisan Jawi oleh orang-orang Melayu ketika itu. Pada era kerajaan
Melayu Melaka misalnya, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca bagi 84
bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika itu. Tahap perkembangan
bahasa Melayu daripada bahasa Melayu klasik kepada bahasa yang mempunyai nilai
peradaban yang tinggi berlaku pada dua zaman iaitu zaman peralihan dan zaman
moden.
Tulisan
arab mulai diperkenalkan setelah kedatangan islam. Dari segi bahasa perubahan
besar berlaku apaila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada
bahasa Melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan Arab diubahsuai dan
dikenali sebagai tulisan Jawi. Melalui sistem tulisan ini, bahasa Melayu dapat
memainkan peranan lebih penting apabila digunakan untuk menulis kitab-kitab
agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran.
·
PERUNDANGAN
Kedatangan
agama islam telah mempengaruhi sistem perundangan di tanah melayu. Sistem
perundangan tempatan turut mengalami perubahan seperti yang tercatat dalam
Hukum Kanun Melaka, Adat Pepatih dan Adat Temenggung. Undang-undang adat yang
tidak bertentangan dengan ajaran agama islam dikekalkan. Contohnya, hakim boleh
menggunakan budi bicaranya sama ada menjatuhkan hukuman potong tangan (hudud)
bagi kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja.
Setelah
islam datang dan tersebar di seluruh tanah melayu sistem perundangan masyarakt
Melayu juga berubah kepada sistem adat dan islam. Contohnya Melaka mempunyai
Hukum Kanun Melaka yang meliputi tanah, sungai, dusun dan setiap tanah jajahan
takluk Melaka. Undang-undang Laut Melaka meliputi perusahaan perkapalan,
perdagangan di laut dan di darat dan kegiatan yang berkaitan dengannya.
Kedua-dua kumpulan undang-undang ini adalah didasarkan kepada hukum syariah dan
juga hukum adat yang telah wujud sejak dahulu lagi.
KESIMPULAN
Kedatangan Islam di rantau ini iaitu masyarakat alam melayu ini telah membawa pengaruh yang sangat besar. Perubahan ini bukan sahaja dalam aspek aqidah malah merangkumi keseluruhan kehidupan bukan sahaja masyarakat melayu malah masyarakat-masyarakat seluruh dunia. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk mengembangkan agama Islam dan sukar untuk menghilangkan sama sekali pengaruh yang telah sebati dengan masyarakat melayu akibat kesan daripada amalan nenek moyang mereka. Namun apa yang paling penting sekali adalah asas-asas kepada Islam itu sendiri tersebut tidak mengalami perubahan, namun masyarakat melayu telah menerima agama tersebutsebagai agama mereka dan sebagaimana yang kita lihat hari ini agama Islam telah sebati dengan masyarakat melayu sehingga sekarang dan beberapa rantau yang lain.
Sehingga sekarang kita masih lagi dipengaruhi oleh Islam dalam setiap dasar dan segala tindakan yang berbentuk sistem kehidupan. Segala perkara yang hendak dilakukan perlu mengikut kaedah Islam kerana Islam kini menjadi asas kepada perpaduan masyarakat alam melayu sehingga disinonimkan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Pada zaman sekarang yang serba moden ini kekuatan, perkembangan serta kekuasaan masyarakat alam melayu bergantung sejauh mana mereka beramal dengan ajaran agama Islam itu sendiri. Agama Islam sendiri Berjaya mengangkat martabat masyarakat alam melyu itu sendiri malah pernah meletakkan mereka di puncak tamadun dunia pada zaman kegemilangan kerajaan Melayu-Islam Melaka. Kegagalan masyarakat melayu pada zaman sekarang adalah disebabkan kerenggangan mereka dengan agama mereka sendiri dari mengamal dengan Islam. Akhlak anak-anak muda zaman sekarang tidak lagi seperti dulu yang lebih mengagung-agungkan masyarakat di barat daripada mengagung-agungkan agama, bangsa serta negara mereka sendiri.
Untuk memartabatkan dan menaikkan serta mengagungkan kembali masyarakat alam melayu pada masa kini adalah kita perlulah kembali kepada jalan yang lurus iaitu kembali beramal dengan agama Islam, beramal dengan dasar-dasar serta prinsip-prinsip Islam secara menyeluruh bukan hanya Islam pada nama sahaja tetapi ikhlas berjuang demi menegakkan Islam, berjuang kerana Allah S. W. T.
KESIMPULAN
Kesimpulannya
tujuan utama kedatangan Islam ke alam melayu sudah semestinya untuk menyebarkan
serta meluaskan empayar Islam ke serata dunia. Kedatangan Islam ke alam melayu
sudah lama sejak pemerintahan kesultanan Melaka lagi dengan secara tidak rasmi.
Titik mula perkembangan Islam bermula selepas Parameswara memeluk Islam di
rantau ini. Pertapakan Islam di alam melayu telah membawa pengaruh besar dalam
kehidupan masyarakat ala mini dan ianya memainkan peranan yang amat penting
dalam mengembangkn syiar Islam.
Kedatangan Islam di rantau ini iaitu masyarakat alam melayu ini telah membawa pengaruh yang sangat besar. Perubahan ini bukan sahaja dalam aspek aqidah malah merangkumi keseluruhan kehidupan bukan sahaja masyarakat melayu malah masyarakat-masyarakat seluruh dunia. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk mengembangkan agama Islam dan sukar untuk menghilangkan sama sekali pengaruh yang telah sebati dengan masyarakat melayu akibat kesan daripada amalan nenek moyang mereka. Namun apa yang paling penting sekali adalah asas-asas kepada Islam itu sendiri tersebut tidak mengalami perubahan, namun masyarakat melayu telah menerima agama tersebutsebagai agama mereka dan sebagaimana yang kita lihat hari ini agama Islam telah sebati dengan masyarakat melayu sehingga sekarang dan beberapa rantau yang lain.
Sehingga sekarang kita masih lagi dipengaruhi oleh Islam dalam setiap dasar dan segala tindakan yang berbentuk sistem kehidupan. Segala perkara yang hendak dilakukan perlu mengikut kaedah Islam kerana Islam kini menjadi asas kepada perpaduan masyarakat alam melayu sehingga disinonimkan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Pada zaman sekarang yang serba moden ini kekuatan, perkembangan serta kekuasaan masyarakat alam melayu bergantung sejauh mana mereka beramal dengan ajaran agama Islam itu sendiri. Agama Islam sendiri Berjaya mengangkat martabat masyarakat alam melyu itu sendiri malah pernah meletakkan mereka di puncak tamadun dunia pada zaman kegemilangan kerajaan Melayu-Islam Melaka. Kegagalan masyarakat melayu pada zaman sekarang adalah disebabkan kerenggangan mereka dengan agama mereka sendiri dari mengamal dengan Islam. Akhlak anak-anak muda zaman sekarang tidak lagi seperti dulu yang lebih mengagung-agungkan masyarakat di barat daripada mengagung-agungkan agama, bangsa serta negara mereka sendiri.
Untuk memartabatkan dan menaikkan serta mengagungkan kembali masyarakat alam melayu pada masa kini adalah kita perlulah kembali kepada jalan yang lurus iaitu kembali beramal dengan agama Islam, beramal dengan dasar-dasar serta prinsip-prinsip Islam secara menyeluruh bukan hanya Islam pada nama sahaja tetapi ikhlas berjuang demi menegakkan Islam, berjuang kerana Allah S. W. T.